Monday, May 31, 2010


Hari Susu Sedunia 2010

Posted: 31 May 2010 07:03 AM PDT


Tanggal 1 Jun setiap tahun, seluruh dunia termasuk Malaysia menyambut "Hari Susu Sedunia" atau "World Milk Day".

Hari Susu Sedunia ini bermula pada tahun 2001 yang telah dicetuskan oleh FAO (the Food and Agriculture Organisation of the United Nations) yang memberikan tumpuan kepada penggunaan/pengeluaran dan industri berkaitan susu.

Di Malaysia, sambutan Hari Susu Sedunia ini belum ketara meriah kerana ramai yang tidak mengetahui akan adanya sambutan hari seperti ini. Masyarakat Malaysia juga masih lagi kurang ingin mengambil susu segar tidak kira susu lembu (sapi) atau susu kambing sebagai minuman harian mereka.

Susu Kambing

Susu kambing mempunyai kebaikan yang lebih berbanding dengan susu lembu dan khasiatnya dikatakan hampir menyerupai kepada susu ibu (manusia). Susu kambing dan susu ibu membawa tindak balas alkali dan susu lembu pula membawa tindak balas asid dalam badan.

Dua sifat kelebihan yang dimiliki susu kambing berbanding susu lembu adalah:

1. Membantu mencegah anemia dan kekurangan zat besi.
2. Membantu mencegah penghilangan mineral pada tulang atau pelunakan tulang (demineralisasi).

Susu kambing mempunyai kebaikan jika diambil secara berterusan sebagai minuman harian. Walaupun harganya agak mahal sedikit berbanding susu lembu, susu kambing dikatakan sebagai agen penyembuh penyakit mengikut kajian yang telah dijalankan oleh pakar-pakar perubatan dan pemakanan diantaranya boleh merawat penyakit demam kuning (Jaundice), senggugut, asma, ekzema, penyakit kulit, lemah tenaga batin dan bermacam-macam lagi jenis penyakit yang telah dikenal pasti.

Susu kambing juga mempunyai kandungan vitamin seperti A, D, C, E, B1, B2, B6, B12, asid folik, biotin (vitamin H atau B7), asid nikotinik dan asid pantotenik yang baik untuk tubuh badan manusia. Maka, tidak hairanlah jika meminum susu menjadi sunnah rasulullah.


Untuk Maklumat Lanjut, Sila Layari:

Nota Panduan http://hrgroup2u.blogspot.com
Forum boleh diekses di http://groups.google.com.my/group/hrgroup2u
Laman Web Rasmi HR Marketing http://www.hrgroup2u.com

No comments:

Post a Comment